Powered By Blogger

17 August 2012

Dari UiTM Dungun ke Mtn


Tiba2 mari mood nak menulis ni, sambil mendengar THR Gegar bersama DJ Nazz.. haha.. nk update story mase kitorg last day kt Mutiara Taman Negara. Jadi bersesuaian dgn tajuk entry ni, Dari UiTM Dungun ke MTN.. huhu.. tiada kene mengena ngan sape2 yer.. hehe.

Kami dapat kabaran mengatakan bahawa pihak pengurusan akan memberikan cenderahati kepada kami selepas mereka selesai daily breafing dekat bilik briefing tu lah. So kami semua yg akan ‘grad’ ni dikehendaki hadir pada sesi pagi. Last day mmg kitorg x bekerja dah la, jalan2 sekitar mutiara sambil bergambar, habis semua org kitorg ‘bang’ dan paksa bergambar bersama kami. Cerita dulu tentang cenderahati, walaupun apa yg kami dpt tu bukan diisytihar kan sebagai cenderahati bagi kami, atas beberapa factor tapi kami tetap bersyukur dgn ‘pemberian’ tu. Haha..

Walaupun kami x hebat,
walaupun kami x special,
walaupun kami x membantu
tetapi kami tetap redha dgn apa yg telah diberikan semasa last day kami.

Cenderahati tetapi telah dibayar, no meaning.. tetttttttt…. Habis cerita tu. Hajat nak buat short film tentang raya, tp x jadi sbb beberapa factor. Bagi kami, walaupun dinamakan latihan praktikal, kami x dilayan seperti pelajar sebelum2 ni, bukan nak berkira tetapi dgn semua org layanan harus fair, jgn kadang ada tetapi kekadang xder.. ehmm…

Namun kami tetap bersyukur dgn department kami, chef dan staf yg best.. seronok dpt berkhidmat dgn mereka. Diberi peluang utk menyediakan food for guest, kami bersyukur kerana walaupun dlm keadaan peak time, namun semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.

Kami dikabarkan bahawa pelajar LI sbelum2 ni mcm diraikan, namun kami sekarang? Speechless.. bukan kami berkira, tetapi jgn terlalu membezakan semua org.. ape aku mengarut ni.. dah la,..

Tapi staf kitchen memang terbaik, xdapat dilupakan.. abg mizi, abg ara, kak mona, kak ayu, abg zam, chef mamat, along, kak mah, kak jemek, kak emi, abg eddy, iman, kak noraini dan abg majid.. you are very best.. jasa korang mmg xkan kami lupakan.. 

ini malam last kerja kt mtn, buat burger makan sendiri.. tp utk paknil bukan yg aku...

ini abg mizi, staff kitchen paling best.. huhu

paan ambik cenderahati dan sijil

piyan plak

ika gelak x ikhlas.. ape yg lucu sgt tu?

aku dah x mampu tersenyum..

mcm biasa, photog mmg xder dlm gmbar. haha

ini moment paling best, byk shoot pic kt sini...

ini lah head chef kami..--chef sazali @ mamat--...

ini trainee UPM, comel.. name dye Koh..

dgn along yg comey.. haha

maintanence staff, semua terbaik... dari kiri ayam, azril@lingoi,labi, kiyok n khairul

ini lah kak mona.. hehe

09 August 2012


21 Julai 2012
Sabtu
5.30am

Alhamdulillah, setelah beberape bulan duk kat sini akhirnya kami telah dipertemukan dengan bulan yang menyamai seribu bulan. Bulan ramadhan dan bermulalah kami untuk bepuasa di bulan ni. Ni adalah puasa ke 2 aku jauh dari keluarga. Sebenarnye yang ke 3, yg pertama semasa di UiTM Alamanda, KL.. Kedua semasa menjalani praktikal semester 4 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Bentong dan yang ketiga sekarang ni..

Aku nak imbau semula kenangan semasa puasa pertama aku jauh dari keluarga iaitu di UiTM dulu. Kat sana aku duk aprtmen 24 tingkat, aku duk di tingkat yg ke 13. Jadi boleh paham la mcm mane tahap kemalasan utk aku turun membeli juadah utk bersahur dan berbuka. Yang best kat sane, team serumah aku pon mmg ade yg mengamalkan bersahur ni. Jadi xder la aku sorg je nak beli makanan kan. Tp mcm2 gelagat dpt aku tgk semasa bersahur. Ader yg makan cereal (coco crunch, honey star or cornflake) bersama fresh milk, mmg anak ‘berada’ lah member aku ni.

Aku dan kwn2 aku yg kurang skit ni terpaksalah turun menapak utk cari makanan, mmg best jgk aku rase bila berjalan awal2 pagi nak cari makanan utk sahur tp kadang2 kitorg dah beli awal dah time mlm tu. Aku plak selalu jgk makan megi sedap sbb malas sgt nk turun plus save budget.. haha.. kalau bangun sahur pkul 5 ni, dlm pkul 5.30am kitorg lepak kat luar balkoni tgk bas rapid KL memulakan operasi.. kih3.. sebab Jalan Klang Lama kn ade parking kompeni tu.

Kedua pulak semasa aku di Colmar, duk sini pon best jgk mase bersahur. Aku duk praktikal sni duk kitchen Banquet, so kitorang lah yg prepare makanan utk bersahur ni. Mula2 pose elok jgk lah anta makanan pkul 12. Tp bila dah lame2 tu driver pon malas dah nak anta lewat2, bila pkul 11 je terus anta. Sekali anta satu periuk besar berkapasiti 3 ½ periuk nasi bersamaan 150pax nasi dihantar ke kuarters. Pergh byk giler tu, lauk plak xpayah cerita la, buah buahan lagi. Mmg best dan byk makanan utk kami bersahur.

Tapi yg xbest mase duk sane, time sahur mesti kene rebut2 dgn makcik or pakcik or abam2 cina dan Bangladesh yg x pose ni. Dyorg pon duk sibuk nak makan jgk, sape x bengang kan, smpai satu mase tu ade jgk yg xdpt makanan sebab dah habis.. ish3.. teruk betol la dyorg ni, tp aku tetap maintain sebab aku yg prepare food, mesti dpt ambik awal2 makanan tu.. hihi

Ketiga atau sekarang ni duk berpuasa dekat Mutiara Taman Negara plak. First sahur hari ni makan nasi putih bersama ayam masak lemak kuning; air milo dan kurma 2 biji yg telah didermakan oleh Patimah. Kurma yg resort order x sampai lagi, so terpakselah mintak ngan org. huhu.. aku bangun arini pkul 4.50am sbb takut terlajak terus la bangun setelah jam telefon aku berbunyi alarm radio video dari SOAD.. lagu tu mmg membuatkan aku terus terbangun.. pastu dlm pkul 5.05am mak aku yg tersayang plak tolong kejut.. biar tade org lain kejut, mak kejut lagi afdhal..  kan

Tapi dalam semua tempat ni, bersahur mase kecik2 dulu kat umh lagi best. Kalau dulu kat umh mase aku kecik2, kami adik beradik dikejutkan utk bersahur pada pkul 5am mcm skrg jgk, kan melewatkan sahut tu sunat. Jadi mase sahur tu kami mula2 diingatkan utk berniat puasa. Ramai2 la kami sekeluarga duk berniat. Mak aku yg aku panggil ma dari dulu smpai skrg ni telah pun menyiapkan setngah jug kecik air milo utk kami minum. Mase ni minum x byk pon sbb mmg selera xberape btol lg time pagi2 ni kan. Bila dah siap mkn nasi, air milo dan kurma akhir sekali kene minum air kosong dlm kuantiti byk (smpai kembung perut). hihi

Mmg ni lah amalan kitorg dari dulu smpai skrg Cuma yg berbeza skrg kitorg kene wat air sendiri2 dah sbb semua da besar kan. Puasa masa kecik mmg best, byk kenangn mase pose dulu2. Kt bawah ni ade sedikit gmbar mase aku menjalani ibadah puasa ni..

insyaAllah, 

gambar ni semasa kitorg berbuka puasa di Mid Valley KL, jalan2 pusing kL mase ni

ini masa berbuka puasa kt Domino Pizza Jalan Klang Lama

Ini plak semasa aku praktikal kt colmar tropicale, hantar juadah sahur ke staff quarters