Powered By Blogger

17 August 2012

Dari UiTM Dungun ke Mtn


Tiba2 mari mood nak menulis ni, sambil mendengar THR Gegar bersama DJ Nazz.. haha.. nk update story mase kitorg last day kt Mutiara Taman Negara. Jadi bersesuaian dgn tajuk entry ni, Dari UiTM Dungun ke MTN.. huhu.. tiada kene mengena ngan sape2 yer.. hehe.

Kami dapat kabaran mengatakan bahawa pihak pengurusan akan memberikan cenderahati kepada kami selepas mereka selesai daily breafing dekat bilik briefing tu lah. So kami semua yg akan ‘grad’ ni dikehendaki hadir pada sesi pagi. Last day mmg kitorg x bekerja dah la, jalan2 sekitar mutiara sambil bergambar, habis semua org kitorg ‘bang’ dan paksa bergambar bersama kami. Cerita dulu tentang cenderahati, walaupun apa yg kami dpt tu bukan diisytihar kan sebagai cenderahati bagi kami, atas beberapa factor tapi kami tetap bersyukur dgn ‘pemberian’ tu. Haha..

Walaupun kami x hebat,
walaupun kami x special,
walaupun kami x membantu
tetapi kami tetap redha dgn apa yg telah diberikan semasa last day kami.

Cenderahati tetapi telah dibayar, no meaning.. tetttttttt…. Habis cerita tu. Hajat nak buat short film tentang raya, tp x jadi sbb beberapa factor. Bagi kami, walaupun dinamakan latihan praktikal, kami x dilayan seperti pelajar sebelum2 ni, bukan nak berkira tetapi dgn semua org layanan harus fair, jgn kadang ada tetapi kekadang xder.. ehmm…

Namun kami tetap bersyukur dgn department kami, chef dan staf yg best.. seronok dpt berkhidmat dgn mereka. Diberi peluang utk menyediakan food for guest, kami bersyukur kerana walaupun dlm keadaan peak time, namun semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah.

Kami dikabarkan bahawa pelajar LI sbelum2 ni mcm diraikan, namun kami sekarang? Speechless.. bukan kami berkira, tetapi jgn terlalu membezakan semua org.. ape aku mengarut ni.. dah la,..

Tapi staf kitchen memang terbaik, xdapat dilupakan.. abg mizi, abg ara, kak mona, kak ayu, abg zam, chef mamat, along, kak mah, kak jemek, kak emi, abg eddy, iman, kak noraini dan abg majid.. you are very best.. jasa korang mmg xkan kami lupakan.. 

ini malam last kerja kt mtn, buat burger makan sendiri.. tp utk paknil bukan yg aku...

ini abg mizi, staff kitchen paling best.. huhu

paan ambik cenderahati dan sijil

piyan plak

ika gelak x ikhlas.. ape yg lucu sgt tu?

aku dah x mampu tersenyum..

mcm biasa, photog mmg xder dlm gmbar. haha

ini moment paling best, byk shoot pic kt sini...

ini lah head chef kami..--chef sazali @ mamat--...

ini trainee UPM, comel.. name dye Koh..

dgn along yg comey.. haha

maintanence staff, semua terbaik... dari kiri ayam, azril@lingoi,labi, kiyok n khairul

ini lah kak mona.. hehe

09 August 2012


21 Julai 2012
Sabtu
5.30am

Alhamdulillah, setelah beberape bulan duk kat sini akhirnya kami telah dipertemukan dengan bulan yang menyamai seribu bulan. Bulan ramadhan dan bermulalah kami untuk bepuasa di bulan ni. Ni adalah puasa ke 2 aku jauh dari keluarga. Sebenarnye yang ke 3, yg pertama semasa di UiTM Alamanda, KL.. Kedua semasa menjalani praktikal semester 4 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Bentong dan yang ketiga sekarang ni..

Aku nak imbau semula kenangan semasa puasa pertama aku jauh dari keluarga iaitu di UiTM dulu. Kat sana aku duk aprtmen 24 tingkat, aku duk di tingkat yg ke 13. Jadi boleh paham la mcm mane tahap kemalasan utk aku turun membeli juadah utk bersahur dan berbuka. Yang best kat sane, team serumah aku pon mmg ade yg mengamalkan bersahur ni. Jadi xder la aku sorg je nak beli makanan kan. Tp mcm2 gelagat dpt aku tgk semasa bersahur. Ader yg makan cereal (coco crunch, honey star or cornflake) bersama fresh milk, mmg anak ‘berada’ lah member aku ni.

Aku dan kwn2 aku yg kurang skit ni terpaksalah turun menapak utk cari makanan, mmg best jgk aku rase bila berjalan awal2 pagi nak cari makanan utk sahur tp kadang2 kitorg dah beli awal dah time mlm tu. Aku plak selalu jgk makan megi sedap sbb malas sgt nk turun plus save budget.. haha.. kalau bangun sahur pkul 5 ni, dlm pkul 5.30am kitorg lepak kat luar balkoni tgk bas rapid KL memulakan operasi.. kih3.. sebab Jalan Klang Lama kn ade parking kompeni tu.

Kedua pulak semasa aku di Colmar, duk sini pon best jgk mase bersahur. Aku duk praktikal sni duk kitchen Banquet, so kitorang lah yg prepare makanan utk bersahur ni. Mula2 pose elok jgk lah anta makanan pkul 12. Tp bila dah lame2 tu driver pon malas dah nak anta lewat2, bila pkul 11 je terus anta. Sekali anta satu periuk besar berkapasiti 3 ½ periuk nasi bersamaan 150pax nasi dihantar ke kuarters. Pergh byk giler tu, lauk plak xpayah cerita la, buah buahan lagi. Mmg best dan byk makanan utk kami bersahur.

Tapi yg xbest mase duk sane, time sahur mesti kene rebut2 dgn makcik or pakcik or abam2 cina dan Bangladesh yg x pose ni. Dyorg pon duk sibuk nak makan jgk, sape x bengang kan, smpai satu mase tu ade jgk yg xdpt makanan sebab dah habis.. ish3.. teruk betol la dyorg ni, tp aku tetap maintain sebab aku yg prepare food, mesti dpt ambik awal2 makanan tu.. hihi

Ketiga atau sekarang ni duk berpuasa dekat Mutiara Taman Negara plak. First sahur hari ni makan nasi putih bersama ayam masak lemak kuning; air milo dan kurma 2 biji yg telah didermakan oleh Patimah. Kurma yg resort order x sampai lagi, so terpakselah mintak ngan org. huhu.. aku bangun arini pkul 4.50am sbb takut terlajak terus la bangun setelah jam telefon aku berbunyi alarm radio video dari SOAD.. lagu tu mmg membuatkan aku terus terbangun.. pastu dlm pkul 5.05am mak aku yg tersayang plak tolong kejut.. biar tade org lain kejut, mak kejut lagi afdhal..  kan

Tapi dalam semua tempat ni, bersahur mase kecik2 dulu kat umh lagi best. Kalau dulu kat umh mase aku kecik2, kami adik beradik dikejutkan utk bersahur pada pkul 5am mcm skrg jgk, kan melewatkan sahut tu sunat. Jadi mase sahur tu kami mula2 diingatkan utk berniat puasa. Ramai2 la kami sekeluarga duk berniat. Mak aku yg aku panggil ma dari dulu smpai skrg ni telah pun menyiapkan setngah jug kecik air milo utk kami minum. Mase ni minum x byk pon sbb mmg selera xberape btol lg time pagi2 ni kan. Bila dah siap mkn nasi, air milo dan kurma akhir sekali kene minum air kosong dlm kuantiti byk (smpai kembung perut). hihi

Mmg ni lah amalan kitorg dari dulu smpai skrg Cuma yg berbeza skrg kitorg kene wat air sendiri2 dah sbb semua da besar kan. Puasa masa kecik mmg best, byk kenangn mase pose dulu2. Kt bawah ni ade sedikit gmbar mase aku menjalani ibadah puasa ni..

insyaAllah, 

gambar ni semasa kitorg berbuka puasa di Mid Valley KL, jalan2 pusing kL mase ni

ini masa berbuka puasa kt Domino Pizza Jalan Klang Lama

Ini plak semasa aku praktikal kt colmar tropicale, hantar juadah sahur ke staff quarters

03 June 2012

Sedikit suratan semalam


20 Mei 2012
2.04 am

Semasa aku menulis ni, aku baru balik keje. Penat xrase sgt, seronok keje mlm ni.. masuk keje pkol 3ptg td dan pada jam 1.41am aku punch out.. pergh mmg pengalaman la keje kt sini. Nak update blog pon siaran tertunda jer. Hari ni group MITI seramai 42 org makan, menu bbq istimewa malam ni adalah kambing golek. Mengancam btol lah, pengalaman melapah daging kambing pon best jgk, panas dan berpeluh aku dibuatnyer.

Hari ni keje ngn paan dan chef mamat. Byk ilmu belajar kat sini. Dpt handle event dan diberi kepercayaan oleh chef utk lead team. Mmg aku take the opportunity tu, grab dan take the entire problem will occur. Tp xder masalah sgt pon, Cuma lambat clear je sbb guest lame sgt berkaroeke, aku pon bila dah habis event karok jgk la 2 lagu. Malam ni mcm biasa lah lagu aku bawak iaitu kenangan semalam dari olan dan kamelia dari sweat charity. Best weh bila dah lame x dpt mic tu.

Lagu kenangan semalam tu mmg dah tema aku kalau karok, byk isi tersirat dalam lagu tu. Seronok jgk bila kita duduk terkenangkan kenangan semalam. Seronok kan, kadang2 boleh tersenyum sorg2 dah jadi mcm org giler.. haha

Lagu feveret

03 May 2012

Semester 6 (praktikal) bermula


26 April 2012
Khamis
9.58pm

Setelah sekian lama aku x update blog aku ni, hari ni aku update blog ni. Tetapi bukan siaran langsung dan ini adalah siaran tertunda. Ada masalah-masalah yang x dpt aku elakkan semasa berada di sni utk aku updatenya. Semasa aku menulis blog ni jgk, hujan yakni rahmat dari Allah SWT mencurah curah turun membasahi muka bumi ini. Skrg jgk aku baru balik dari overtime (0t) yg semestinya dibayar dari pihak pengurusan

 

Dah habis mukadimah, skrg masuk ke isi pertama, haha. Praktikal utk kali kedua aku telah bermula. Skrg aku menjalani latihan industry di Mutiara Taman Negara Resort, Kuala Tahan Jerantut. Ramai yg tau tahu tempat ni. Mula-mula dtg dah kene culture shock tgk tempat. Tempat ini agak pendalaman iaitu kira-kira sejam setengah dari Bandar jerantut. Tapi takpe, sbb aku tgk org sini hidup jer kat sini, xkan aku xleyh hidup kt sini kan.

 

Kat dalam ni xder line 3g, so that mean aku xdpt online dgn maharajalela lah kan.. huaaaaaaaaa…….,,,,,,,,, yg ader cuma line EDGE, boleh la nk bukak fb tetapi nk update tu mcm susah lah skit. No matter, that’s not a big problem. Boleh la kau belaja bagaimana hidup tanpa internet kat sini kan. 

 

First day  masuk pendaftran dah kene keje terus, pergh mcm mcm pshyco dari staff sini. Maklumlah kan, baru lagi, skrg dah okay. Aku decide nk duk kitchen western utk permulaan ni, org pertama jumpe Abg edi, baik peramah orgnye. Chef aku masa tu cuti, 3 hari so ade pemangku dia yg bernama Kak Mona, mula mula tgk org semua muka ganaz ganaz takut jgk weyh.. tp dah lama kenal rupenyer semuanya baik2 belaka, best diorg ni. Sgt2 sporting..

 

Duk western mcm2 dapat belaja, order dari guest kitorg boleh buat. Siap ada dpt good feedback lagi. Spagetthi Carbonara aku buat menyelerakan, padahal bukan ader ape pon. Mungkin air tgn aku masak sedap kot. Haha, skrg dah 3 minggu kat sini, byk perkara dah aku blaja, simple but nice, lain org lain caranya kan. Jgn lah pelik kalau cara org kat sini lain2 kan.

 

Aku duk praktikal sini, antara staff yg ada kat sini. Mula dgn staff kitchen yer.. western, Chef Mamat, Abg edi, Abg Arra @biatuk, Along.. Chinese, Abg mizi, Kak Emi dan Iman,.. Malay, Kak Mona dan Kak Noraini.. Pastry, Abg Zambri dan Kak Ja,.. cold Kitchen, Kak Ayu, Kak Ma dan Kak Jemek.. pastu ramai lagi staff dyorg, semua baik2 belaka.. bekas manager pizza temerloh, Abg Zainal @ Pak Nil, Khairul, Azril @ Lingoi, Azreen, Ateh, Abg As, Abg Nuar, Abg Saipul, ramai lg lah.. semua baik2 orgnyer..

 

Kt sini jgk byk binatang liar dan jinak yg berkeliaran sekitar resort, semua aku dah jumpe.. Gajah, tapir, kijang dan landak padi.. tapir dan kijang tu boleh pegang dan sgt jinak, xtakut ke org pon.. haha, mcm2 kenangan dah sepanjang aku kt sni, yg paling best kene kejar ngn tapir, bukan niat tapir tu agknyer nk kejar, tp dah aku lari, dia kejar lah aper lg kan.. sbb lapar kot. 

 

Byk lg kenangan manis kat sini, belum sebulan lg kat sini dah mcm ni dah.. seronok duk sini.. kat bawah ni antara gmbar2 sepanjang aku 3 minggu di mutiara taman Negara resort.. teruskan bersama media massa dan eletronik yg ada (rtm, tv3, utusan, berita harian) sbb arini aku glamour dyorg shoot gmbar aku bakar bbq.. kalau ada bg tau yer.. koya lar……….. 

Taman Negara Kuala Tahan

Mutiara Taman Negara, tempat kami berpraktikal...

 

 

hai, nama saya landak.. saya dari keturunan landak padi...

nama saya pulak tapir, saya jinak tau.. nak pegang saya boleh, kene kejar padan muka...

 

 

 

20 March 2012

18 March 2012

Tips mengawal kemarahan..

Tak tau kenapa hari ni rasa mcm nak marah plak, tp aku masih sabar. Ini aku bg tips bagaimana utk mengawal kemarahan

Tlg jgn marah.. hihi

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan seperti :

a) Cuba relaks dengan menarik nafas panjang. Ambil nafas, ulangi perkataan-perkataan yang menyenangkan seperti berzikir

b) Anda boleh mengubah cara anda berfikir.Orang marah perlu sedar mengenai sikap sendiri yang suka mendesak dan menterjemahkan harapan-harapan mereka kepada keinginan. Apabila tidak dapat mendapat apa yang anda mahukan, anda akan kecewa, terguris tetapi bukan marah.

c) Buatlah rancangan dan semak perkembangannya. Bertekadlah untuk melakukan yang terbaik tetapi janganlah menghukum diri sendiri sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki.

d) 'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan.Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah.

e) Luangkan masa untuk diri sendiri. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu-waktu anda sering berasa tertekan.

f) Anda juga boleh meminta bantuan daripada seorang kaunselor. Seorang pakar psikologi boleh membantu anda mendapatkan teknik mengubah cara berfikir dan perilaku anda.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan keekcewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini tetapi kita mampu mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan ke atas kita.

sumber: http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/cara-mengawal-kemarahan/


Ganas muka budak ni...

Kalau aku, cara menangani kemarahan adalah seperti berikut:

1. Kalau diwaktu siang, aku keluar dan mencari tempat menarik terus keluar senapang n shoot.. haha

2. Kalau waktu x mengizinkan, just bukak laptop n then aku tgk hasil2 gmbar yg aku dah ambik.. puas hati

3. Tidur adalah terapi terbaik.. kih3.

Tertarik aku dgn gambar ni, penuh makna sebalik kata2..

15 March 2012

Impianku_Nikon D70s


Kali ni aku nak cerita tentang dslr yg telah aku miliki seperti yg aku cerita entri lepas. Utk pengetahuan korang, d70s ni keluaran Nikon yg pertama memilik motor di dalam (build in motor). Ini dslr lama, tp performance boleh dikatakan terbaik jgk la. Tone kaler x mengecewakan. Tp noise agk mengecewakan. Haha.

Memiliki dslr telah mengubah hidup aku, lepas memiliki nya aku telah ikut cikgu aku dan beberapa org lg ke event2 yg best2.. dgn cikgu farid aku telah shoot beberapa majlis perkahwinan. Mmg best tgk pengantin diambil gmbar, haha, lepas tu penah jgk shoot event konvo di smk seri jengka dgn abg mie. Pergh lg best sbb dpt pegang Nikon d700 fullframe kot. Impian jgk tu. Abg mie mcm aku jgk bermula dgn d70s lepas kene curik terus angkat d700 yg berharga kurang lebih rm10k.

Byk kali jgk aku keluar sorg2 (outing) pergi carik tempat menarik. Tp susah sbb xder pengajar nak ajar aku. Tp oklah kan, belajar sendiri. Buat slow shutter pon best jgk. Lepas ni aku nk upgrade ke Nikon d90 dan insyaAllah dlm masa praktikal nnti aku akan memiliki dslr tu. Aku pnah jgk nk ambik job wedding, tp susah sbb aku xpandai nk edit gmbar. byk lg kene aku belaja dlm bidang photog ni.

Doakan aku utk memiliki d90 tu dan memiliki studio sendiri. insyaAllah. Bwh ni gmbar2 karya aku yg xberapa nak cantik tu. Nntikan entri aku lepas ni semester 5..


ini gambar pertama aku shoot wedding
nikon d70s + 28-70mm D


ini masa shoot konvo smk seri jengka
nikon d70s + 28-70mm D

ini masa shoot futsal Parlimen maran
Nikon D70s + Nikon 70-300mm D


ini pemandangan masjid Asy Syakirin maran dari Maran Hill Golf
Nikon d70s + 70-300mm D


ini shoot model bersama nikon club di Medan Ikan Bakar Dungun
Nikon D70s + 18-105mm G
ini kamera aku
nikon D70s + 18-105mm

ini my handmade danbo
Nikon D70s + 50mm f1.8D
hihi...

Praktikal semester 4

Telah sekian lama aku x update blog aku ni.. sbb kemalasan telah melanda diri aku kan.. masa dulu xder broadband asyik ckp nk update setiap hari blog ni, tp bila dah ade malas plak. Maklumlah kan, name pon manusia. Aku xsuka menulis tp aku nk cerita jgk pengalaman2 semasa aku di dunia ini.. haha.

Ok kembali kpd tajuk diatas, pada semester 4 yg lalu. Aku telah menjalani latihan praktikal di Colmar tropicale, Berjaya Hills Bukit Tinggi. Banyak jgk kenangan manis, pahit, tawar dan masam sepanjang berada di sana. Byk sgt cerita, nak2 lagi aku praktikal dlm bulan puasa dan raya aidilfitri 2011. Pergh mmg touching giler kot sbb xdpt balik raya time tu.

Namun, time praktikal jgk lah aku dpt aper yg aku impikan selama ni, pada bulan julai aku Berjaya memilik dslr Nikon D70s yg telah aku beli dari rakan baikku sendiri. Seorang rakan yg betul2 memahami rakan sendiri, walaupun aku susah untuk memilik dslr ni, namun aku tetap berusaha dan akhirnya Berjaya. Thanks faiz..

Masa praktikal paling best sambut hari raya dan bbq di umh Chef Faizullah (sous chef) aku yg menetap di kg Janda Baik. Rumah agak pedalaman, tp disebabkan nk sambut raya kitorg tekad ke rumah chef ni. Time siang kampong ni sgt2 cantik2 suasana dan keindahan yg dimiliki di bumi Allah swt ini. masyaAllah. Kat umh chef kitorng bakar ayam bbq, ketupat dan rendang dan yg paling best karoeke. Walaupon suara xbest, tp aku tetap menyumbangkan lagu. Paling byk lagu aku lah yg karaoke. Haha

Chef faizullah sgt baik bagi aku dan memahami perasaan sesiapa yg bekerja dgn dia. Itulah pengalaman aku di Colmar Tropicale Berjaya hills. Bekerja dalam suasana hari raya di hotel sgt berbeza dgn di rumah, xdpt berjalan2 ke rumah saudara mara. Suasana hotel yg sibuk dan paling best org cuti aku kerja. Pergh, mmg betul2 pengalaman aku yg xdpt dilupakan.

Setakat ini dulu aku nk tulis, bawah ni ada beberapa gmbar sepanjang praktikal di colmar,. Entri lepas ni, perasaan memiliki dslr. insyaAllah.

>
inilah Colmar Tropicale

> ini dslr pertama aku nikon d70s

Bersama Chef Faizullah dan chef black

>
Ini Jambu dan Mail, mmg best tido kat hotel yg masih x siap pada waktu mlm. kami bergambar pada jam 2.30pg.. bulan puasa xder hantu.. hoho



ini masa event berbuka puasa 800pax..

ini masa sambut hari raya di umah chef faizullah


kami bakar ayam, best...


semua tengah makan

chef fadhir karoeke lagu raya.. tp menarik mcm lagu wings..