Powered By Blogger

15 March 2012

Praktikal semester 4

Telah sekian lama aku x update blog aku ni.. sbb kemalasan telah melanda diri aku kan.. masa dulu xder broadband asyik ckp nk update setiap hari blog ni, tp bila dah ade malas plak. Maklumlah kan, name pon manusia. Aku xsuka menulis tp aku nk cerita jgk pengalaman2 semasa aku di dunia ini.. haha.

Ok kembali kpd tajuk diatas, pada semester 4 yg lalu. Aku telah menjalani latihan praktikal di Colmar tropicale, Berjaya Hills Bukit Tinggi. Banyak jgk kenangan manis, pahit, tawar dan masam sepanjang berada di sana. Byk sgt cerita, nak2 lagi aku praktikal dlm bulan puasa dan raya aidilfitri 2011. Pergh mmg touching giler kot sbb xdpt balik raya time tu.

Namun, time praktikal jgk lah aku dpt aper yg aku impikan selama ni, pada bulan julai aku Berjaya memilik dslr Nikon D70s yg telah aku beli dari rakan baikku sendiri. Seorang rakan yg betul2 memahami rakan sendiri, walaupun aku susah untuk memilik dslr ni, namun aku tetap berusaha dan akhirnya Berjaya. Thanks faiz..

Masa praktikal paling best sambut hari raya dan bbq di umh Chef Faizullah (sous chef) aku yg menetap di kg Janda Baik. Rumah agak pedalaman, tp disebabkan nk sambut raya kitorg tekad ke rumah chef ni. Time siang kampong ni sgt2 cantik2 suasana dan keindahan yg dimiliki di bumi Allah swt ini. masyaAllah. Kat umh chef kitorng bakar ayam bbq, ketupat dan rendang dan yg paling best karoeke. Walaupon suara xbest, tp aku tetap menyumbangkan lagu. Paling byk lagu aku lah yg karaoke. Haha

Chef faizullah sgt baik bagi aku dan memahami perasaan sesiapa yg bekerja dgn dia. Itulah pengalaman aku di Colmar Tropicale Berjaya hills. Bekerja dalam suasana hari raya di hotel sgt berbeza dgn di rumah, xdpt berjalan2 ke rumah saudara mara. Suasana hotel yg sibuk dan paling best org cuti aku kerja. Pergh, mmg betul2 pengalaman aku yg xdpt dilupakan.

Setakat ini dulu aku nk tulis, bawah ni ada beberapa gmbar sepanjang praktikal di colmar,. Entri lepas ni, perasaan memiliki dslr. insyaAllah.

>
inilah Colmar Tropicale

> ini dslr pertama aku nikon d70s

Bersama Chef Faizullah dan chef black

>
Ini Jambu dan Mail, mmg best tido kat hotel yg masih x siap pada waktu mlm. kami bergambar pada jam 2.30pg.. bulan puasa xder hantu.. hoho



ini masa event berbuka puasa 800pax..

ini masa sambut hari raya di umah chef faizullah


kami bakar ayam, best...


semua tengah makan

chef fadhir karoeke lagu raya.. tp menarik mcm lagu wings..

1 comment:

  1. time prktikal kt berjaya hill bukit tinggi ada provide tmpt tinggl x??

    ReplyDelete