Powered By Blogger

18 March 2012

Tips mengawal kemarahan..

Tak tau kenapa hari ni rasa mcm nak marah plak, tp aku masih sabar. Ini aku bg tips bagaimana utk mengawal kemarahan

Tlg jgn marah.. hihi

Terdapat beberapa strategi untuk mengawal kemarahan seperti :

a) Cuba relaks dengan menarik nafas panjang. Ambil nafas, ulangi perkataan-perkataan yang menyenangkan seperti berzikir

b) Anda boleh mengubah cara anda berfikir.Orang marah perlu sedar mengenai sikap sendiri yang suka mendesak dan menterjemahkan harapan-harapan mereka kepada keinginan. Apabila tidak dapat mendapat apa yang anda mahukan, anda akan kecewa, terguris tetapi bukan marah.

c) Buatlah rancangan dan semak perkembangannya. Bertekadlah untuk melakukan yang terbaik tetapi janganlah menghukum diri sendiri sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki.

d) 'Lawak bodoh' juga boleh membantu meredakan kemarahan.Gunakan humor untuk membantu anda menghadapi masalah.

e) Luangkan masa untuk diri sendiri. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri pada waktu-waktu anda sering berasa tertekan.

f) Anda juga boleh meminta bantuan daripada seorang kaunselor. Seorang pakar psikologi boleh membantu anda mendapatkan teknik mengubah cara berfikir dan perilaku anda.

Ingatlah, anda tidak boleh menghapuskan perasaan marah. Banyak perkara akan terus berlaku dan membangkitkan kemarahan, malah kadang-kadang ia memang wajar. Hidup memang penuh dengan keekcewaan, kehilangan, kesedihan dan tindakan-tindakan lain yang tidak diduga. Kita tidak mampu mengubah semua ini tetapi kita mampu mengubah cara kita membiarkan perkara-perkara itu memberi kesan ke atas kita.

sumber: http://www.lailahaillallah.com/profile-2281/blog/cara-mengawal-kemarahan/


Ganas muka budak ni...

Kalau aku, cara menangani kemarahan adalah seperti berikut:

1. Kalau diwaktu siang, aku keluar dan mencari tempat menarik terus keluar senapang n shoot.. haha

2. Kalau waktu x mengizinkan, just bukak laptop n then aku tgk hasil2 gmbar yg aku dah ambik.. puas hati

3. Tidur adalah terapi terbaik.. kih3.

Tertarik aku dgn gambar ni, penuh makna sebalik kata2..

No comments:

Post a Comment